Kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Ianya Adalah Latihan Karangan Untuk Melatih Otak Kanan Berfungsi Dengan Kreatif dan Berinformasi Agar Melatih EQ Tinggi Seiring Sama Dengan IQ.
Kisah Cinderella Bersarang Tebuan Hutan Lipur
Kisah Ini Adalah Kisah Cinderella Moden. Yang Tidak Lagi Mudah Untuk Dibuli Oleh Sesiapa Sahaja Termasuk Giant dan Suneo. Inilah dia Cinderella Bersarangkan Tebuan Hutan Lipur. Cinderella Ini Seorang Yang Kuat dan Bijak. Pantang Diusik Sahaja Harus DiSengat. Namun Tertanam Sebati Di Dalam Diri Cinderella Untuk Berbuat Baik Dengan Rakyat Jelata Yang Tidak Mengira Taraf dan Mahupun Darjat.
Cinderella Adalah Seorang Yang Ternama. Bercirikan Seorang Yang Cantik, Bergaya Dan Baik Itu Membuatkan Dirinya Sangat Mudah Dikenali dan Disenangi Oleh Rakyat Jelata. Cinderella Seorang Yang Rajin Bekerja Sehingga Disayangi Oleh Pemerintahan Diraja. Namun, Di Dalam Kebaikannya Itu Terselit Sebuah Kisah Duka. Tidak Semua Rakyat Akan Menceritakan Yang Baik-Baik Belaka. Kisah Hidup Cinderella Menimbulkan Pelbagai Cerita Dan Gossip Hangat Yang Mengalahkan Rancangan Sensasi Melodi.
Cinderella Sedar Akan Watak Dirinya Ini Sangat Berat Untuk Dipikul. Untuk Itu, Langkah Yang Diambil Olehnya Ialah Cinderella Menetap Di Istana Mewah Yang Berpagar Besi. Tujuannya Adalah Untuk Menghindari Daripada Tohmahan Dan Fitnah Rakyat Jelata. Agar Keperibadiannya Sentiasa Terjaga Tanpa Dikaitkan Dengan Sesiapa. Tambahan Pula Satu Kelemahan Yang Ada Dalam Diri Cinderella Ialah Putera Yang Dicintainya Mengembara Jauh Meninggalkan Cinderella Demi Tugasan Yang Perlu Disempurnakan.
Namun, Langit Tidak Akan Selalunya Cerah. Si Durjana Kakak-Kakak Tirinya Seakan Tidak Senang Melihat Diri Cinderella. Dua Orang Kakak Tiri nya Bernama "Qisty" Dan "Daisy" Mencemburui Kejayaan Adiknya Yang Rupawan Itu. Ini Kerana Cinderella Telah Dikenali Oleh Pemimpin Dan Rakyat Jelata Disebabkan Oleh Sikap Cinderella Yang Sangat Rajin. Kakak-Kakak Tirinya Mula Memburuk-burukkan dan Menabur Fitnah Dengan Menyatakan Cinderella Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain. Menggunakan Kelemahan Cinderella Yang Jauh Dengan Puteranya, Mereka Mencipta Kontroversi Yang Sedikit Pun Tidak Langsung Memajukan Diri. Malah Kakak-kakak tirinya Memperbodohkan Diri Sendiri Dengan Menampakkan Diri Mereka Ke Mercu Negatif.
Inilah dia Cinderella. Sentiasa Positif Walau Dimana. Dugaan Yang Hadir Ditiup Bagai Kan Secebis Habuk Yang Hinggap Di Bahunya. Cinderella Seorang Yang Cool Serta Berbisa. Bersepadan Dengan Tema Jiwanya "Beauty With Brain", Cinderella Mengumpul Semua Maklumat-Maklumat Dengan Bijak Dan Menewaskan Kakak-Kakak Tirinya Satu PerSatu Dengan Fakta - Fakta Sahih Lagi Benar Di Dalam Mahkamah. Inilah yang dinamakan Tebuan Hutan Lipur. Pantang Dicuit Pasti Menyengat. Terbuktilah Di Akhir Perbicaraan Sebenarnya Kakak-kakak Tirinya Itu Yang Sebenarnya Ingin Menutup Malu dan Aib Diri Mereka Sendiri Dengan Memburuk-burukkan Kisah Cinderella.
Akhirnya, Cinderella Hidup Tenang dan Gembira. Cinderella Melabuhkan Punggungnya Di Sofa Cleopatra Miliknya Sambil Memakan Anggur, dia berkata "Alhamdulillah.. Berkat Doa Dan Mengaji.. Insyallah Akan Ketemui Jawapannya.."
Cinderella Kini Lebih Berjaya Dengan Berbagai-bagai Program Untuk Rakyat Jelata !
Cinderella Akan Terus Mengorak Langkah Untuk Mengejar Kejayaan. Seiring Dengan Laungan Azan Lima Kali Sehari '...HaiyaAlalFalahhh...' Marilah Menuju Kejayaan. Bukan Sahaja Kejayaan Di Dunia Malah Di Akhirat Kelak. Amin..
-THE END-
Peringatan .
Allah Telah Berfirman :
“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)
“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.” (Surah al-Hujurat: ayat 49)
“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Nahl: ayat 43)
Monday, September 26, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Dugaan
Dugaan
Setiap manusia mempunyai dugaan-dugaan tersendiri. Namun untuk mengatasi dugaan ini adalah bagaimana caranya untuk kita menyelesaikan dugaan tersebut dengan mengambil langkah yang Bijak atau sebaliknya. Dugaan boleh disamakan dengan soalan-soalan ujian dimana ia perlu ada jawapannya. Sekiranya seseorang itu berjaya menyelesaikan soalan-soalan tersebut dengan jawapan yang tepat, maka ia akan mendapat markah yang tinggi serta skor didalam subjek tersebut. Begitu juga dengan dugaan-dugaan dalam kehidupan kita. Ianya adalah seperti soalan-soalan ujian yang mewarnai kehidupan ini dan jikalau kita berjaya mengatasi dan menyelesaikannya, maka dengan itu martabat kita diangkat tinggi sedikit demi sedikit.
Kadang-kadang sesuatu Dugaan yang diberi olehNya kepada kita adalah sebenarnya satu ujian untuk melihat sekental mana jiwa didalam diri kita laluinya. Adakala, bagi orang yang terlalu banyak dugaan, senyuman masih boleh diukir menyembunyikan perasaan yang dirasai didalamnya. Bagi orang yang biasa melalui dugaan juga, ia akan mengambil dugaan ini sebagai satu revolusi didalam dirinya. Apa yang pasti setiap dugaan yang menimpa sememangnya ada hikmah disebaliknya. Sentiasa dekatkan diri kepadaNya, bermohon kepadaNya , Insyallah akan diberi petunjuk ke jalan yang benar. Sentiasa kuatkan diri untuk terus menempuh jalan yang penuh liku didunia ini. Ingatlah bahawa, kita dikurniakan akal fikiran. Fikir sedalam-dalamnya sebelum kita melakukan sesuatu. Baik dan buruk warna kehidupan kita, kita sendiri yang menentukannya. Insyallah.
Chaiyok ! Chaiyok !
I Know I Can Do It !
-Piece-
Chaiyok ! Chaiyok !
I Know I Can Do It !
-Piece-
Subscribe to:
Comments (Atom)