Dugaan
Setiap manusia mempunyai dugaan-dugaan tersendiri. Namun untuk mengatasi dugaan ini adalah bagaimana caranya untuk kita menyelesaikan dugaan tersebut dengan mengambil langkah yang Bijak atau sebaliknya. Dugaan boleh disamakan dengan soalan-soalan ujian dimana ia perlu ada jawapannya. Sekiranya seseorang itu berjaya menyelesaikan soalan-soalan tersebut dengan jawapan yang tepat, maka ia akan mendapat markah yang tinggi serta skor didalam subjek tersebut. Begitu juga dengan dugaan-dugaan dalam kehidupan kita. Ianya adalah seperti soalan-soalan ujian yang mewarnai kehidupan ini dan jikalau kita berjaya mengatasi dan menyelesaikannya, maka dengan itu martabat kita diangkat tinggi sedikit demi sedikit.
Kadang-kadang sesuatu Dugaan yang diberi olehNya kepada kita adalah sebenarnya satu ujian untuk melihat sekental mana jiwa didalam diri kita laluinya. Adakala, bagi orang yang terlalu banyak dugaan, senyuman masih boleh diukir menyembunyikan perasaan yang dirasai didalamnya. Bagi orang yang biasa melalui dugaan juga, ia akan mengambil dugaan ini sebagai satu revolusi didalam dirinya. Apa yang pasti setiap dugaan yang menimpa sememangnya ada hikmah disebaliknya. Sentiasa dekatkan diri kepadaNya, bermohon kepadaNya , Insyallah akan diberi petunjuk ke jalan yang benar. Sentiasa kuatkan diri untuk terus menempuh jalan yang penuh liku didunia ini. Ingatlah bahawa, kita dikurniakan akal fikiran. Fikir sedalam-dalamnya sebelum kita melakukan sesuatu. Baik dan buruk warna kehidupan kita, kita sendiri yang menentukannya. Insyallah.
Chaiyok ! Chaiyok !
I Know I Can Do It !
-Piece-
Chaiyok ! Chaiyok !
I Know I Can Do It !
-Piece-